Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

JEALOUSKU TIDAK BERTEMPAT....

Tajuk postku ini adalah sempena jiwaku yang lara pada zaman dahulu kala dimana aku sangat senang sakit hati terhadap orang lain iaitu aku senang berfikir negatif kepada orang lain yang berbeza pendapat denganku. Oleh itu, pada masa itu aku mengambil langkah awal dengan membiarkan hatiku ini berfikir sahaja negatif tetapi aku tidak akan memperkatakan fikiran yang negatif kepada orang lain. Aku just memikirkannya secara dalaman. Kalau dulu pemikiranku amat cetek dalam menilai seseorang dan sekarangpun aku masih mencari-cari bagaimana untuk menilai diri seseorang dengan lebih bijak tanpa memberi "effect" yang buruk terhadap diriku. Hal ini demikian, jika aku bersikap terlampau dalam menilai seseorang kemungkinan besar diriku ini pasti akan dipulau dan susah untukku mencari kawan.

Apa yang paling best nye tentang "jealous" nie ialah kesan baik dan buruknya. Mungkin segelintir orang amat tidak menyukai sifat cemburu tetapi pada satu ketika pasti ada timbul rasa "jealous" itu. Ini bagiku adalah satu yang normal dimana apabila kita melihat seseorang yang lebih bertuah nasibnya, kita akan merasa ingin menjadi sepertinya dan pada masa ini sebenarnya kita dalam satu proses dimana otak kita akan membuat pilihan untuk mempedulikan sahaja nasib orang itu ataupun sebagainya. Aku juga pernah mengalaminya dulu dan sekarang aku telah mengubah konsep hidupku. Kalau dulu aku menyedapkan diriku dengan berfikir orang yang aku "jealous" itu pasti akan ditimpa musibah pada masa yang lain. Namun sekarang aku mengubahnya kepada sesuatu yang lebih memberi motivasi kepada diriku sendiri iaitu aku akan mendoakannya dan juga mendoakan diriku. Kerana apa? Kita hidup didunia ini adalah bukan untuk menjadi seseorang yang terbaik tetapi sebenarnya misi sebenar kita ialah untuk menjadi di kalangan yang terbaik. Kita hidup didunia ini juga adalah saling melengkapi diantara satu sama lain. Apabila yang kaya berlebihan manakala yang miskin akan kekurangan. Oleh itu jika kita menjadi orang kaya yang perihatin kita akan menyumbangkan sedikit harta kita kepada mereka yang memerlukan.


Sebagai orang miskin pula kita seharusnya mempunyai sikap "jealous". Bukan cemburu buta tetapi kita perlu mencari inspirasi daripada si kaya. Yang miskin didunia ini sebenarnya perlu juga berusaha dan bukan hanya meminta sedekah semata-mata. Jika kita lihat pada masa kini, gejala meminta sedekah dijalanan sudah semakin menjadi-jadi. Jika di masjid dengan kopiahnya, di shopping market dengan kecacatannya dan paling menyedihkan anak-anak yatim digunakan sebagai sumber pendapatan sedekah bagi sesuatu organisasi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam negara kita mempunyai sistem kebajikan yang "ok"lah. Bagi yang miskin boleh masuk "Bersamamu" dan boleh juga memohon zakat daripada Lembaga Zakat. Sebenarnya jika kita memilih untuk menjadi miskin, jadilah seorang fakir miskin yang bijak dimana kita mengunakan peribahasa "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Secara matematiknyalah, jika kita meminta sedekah dijalanan, paling kurang seorang public akan beri ialah RM1.00 dan paling kurang kita akan dapat dalam sehari adalah RM30. Oleh itu dalam sebulan kita boleh dapat RM900. Jika kita kumpul dalam masa setahun paling kita kumpul ialah sebanyak RM10,000. Tiada alasan nak bayar sewa cukai sedekahlah apalah dan macam-macam alasan lagi. Apa yang penting dalam untuk mencapai sesuatu adalah jangan banyak alasan kerana alasan adalah "setan". "Memang susah untuk berubah tetapi lagi susah kalau tak berubah"... Renung-renungkan dan selamat beramal.


Pada saat ini aku baru dapat satu ayat yang smart "gile".. "Hidayah ibarat cahaya, ia tidak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya". Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan hidayah. Ia memerlukan usaha yang istiqamah. Istiqamah juga merupakan sesuatu yang amat perit untuk dilalui tetapi manis pada masa depannya dimana kita akan merasa kenikmatan dan kemanisan iman daripada Allah swt. Kemanisan iman yang sebenar adalah kenikmatan apabila kita mati dalam keadaan iman yang mantap dan tidak dibelenggu dengan maksiat dan dosa. Oleh itu sebagai seorang muslim dan muslimat yang perihatin dan yakin kepada Allah, kita seharusnya faham dan dengan serta-merta mengorak langkah awal dalam menuju akhirat yang kekal abadi disamping memakmurkan duniawi.


Ini cita lain ek.. Pada hari ini aku merasa amat bahagia dimana aku dapat merasakan nikmat puasa sunat dan nazarku. Aku merasa amat tenang sekali tatkala banyak benda gembira yang mendatangiku dan aku terlebih dahulunya wajib bersyukur kepada Allah. Tanpanya aku tidak akan dapat kebahagiaan ini. Aku mendapat satu kata sepakat pendapat mindaku pada hari ini bahawa sebagai manusia yang berani kita seharusnya kuat dalaman iaitu rohani kita. Jika kita ingin menunjukkan keberanian kita bukanlah dengan kekuatan tetapi keberanian yang sebenar dan amat bernilai ialah kesabaran. Kerana apa? kerana jika bandingkan orang yang melepaskan marah atau geram adalah senang sahaja untuk dilakukan tetapi untuk menahan sesuatu kemarahan kita memerlukan satu kesabaran yang besar sekali.

No comments:

Post a Comment