Pada hari ini 10 Disember 2011, aku menyertai acara jogathon Pasum yang disertai oleh semua budak Pasum. Pada mulanya, aku membuat jog yang agak laju dengan langkah kecil. Sampai kakiku di bukit, semangatku mula turun disebabkan gradient bukit itu yang amat curam or more steeper. Sebelum itu semangatku berkobar-kobar dengan ada sorakan daripada kawan-kawan sekolah lamaku (kusess). Aku amat bersemangat semasa membuat potongan melepasi semua peserta perempuan. Itulah yang dikatakan catalyst untuk penaik semangat. Tetapi nikmat itu amatlah sekejap sahaja aku rasai. Sampai di puncak bukit, senak diperut kiriku. Aku berhentikan larianku dan aku berjalan dengan bersahaja. Time tue aku sudah tiada semangat untuk mendapatkan tempat bawah 25. Aku membuat larian tidak constant menyebabkan staminaku semakin kurang dan lemah untuk menuju garisan tamat.
Sampai ku di garisan penamat, aku berasa amat bersyukur kehadrat Ilahi diatas kekuasaannya yang memberikan aku nyawa ditambah dengan kesihatan yang lebih baik. Mengapa aku cakap begitu kerana bagiku, semua hadiah itu adalah duniawi semata-mata. Bukannya ku nak condemn jogathon punya acara, tidak!!.. Sebenarnya kita hidup didunia ini adalah untuk akhirat. Oleh itu kita hendaklah mempersiapkan diri kita untuk ukhrawi pada setiap hembusan nafas kita. Secara spesifiknya, hadiah itu adalah satu penghargaan duniawi dimana ia menyuntik emangat kepada orang lain untuk lebih kerap berlatih dalam mempersiapkan fizikal yang cergas dan menjadi seseorang yang bagus dalam bidang larian. Lagi menarik ialah penghargaan duniawi ini adalah satu "extra" kepada kehidupan kita, dan jika pandai memanipulikasikannya, kita dapat menjadikan penghargaan duniawi ini sebagai satu medium dimana kita dapat mempertingkatkan diri dalam mencari keredhaan Allah. Kerana apa? Apa yang kita dapat di dunia ini semestinya kita perlu sandarkan kepada Allah yang Maha Esa. Tidak kira apa , kegagalankah atau kejayaan. Semua itu mempunyai hikmah untuk diri kita jika kita sedar.
No comments:
Post a Comment