Jodoh?? apekah itu jodoh sebenarnya?? Adakah kita ini tahu apakah yang sebenarnya yang kita kenal apa yang kita selalu perkatakan tentang jodoh. Sering kali kita kaitkan jodoh dengan cinta dan secara umumnya pada akhir zaman ini, banyak diantara kita memandang jodoh dan cinta ini sebagai sesuatu yang bernafsu dan syahawat. Itu pada segi negatifnya begitulah dimana jika kita memakai fikiran nafsu kita, tingkah laku kita akan tiada aturan. Iaitu kita akan menjadi lebih longgar dan tidak mempunyai aturan hidup yang kukuh.
Apa yang saya dapat kaji setakat pada hari ini ialah jodoh ini merupakan sesuatu yang abstrak dan tidak perlu dicari secara gelojoh tapi perlu dicari dengan " tenang dan dengan pelbagai cara ". Cara yang paling baik ialah dengan mengaplikasikan sunnah nabi iaitu bercinta selepas kahwin. Mungkin jika kita lihat secara kasarnya, amatlah susah untuk menerima seorang suami atau isteri yang kita tidak kenali. Kenyataan ini adalah salah kerana jika kita lihat sejarah perkahwinan nabi SAW dengan isteri pertama nabi iaitu Khadijah. Telah terbukti bahawa Khadijah dan nabi adalah telah kenal antara satu sama lain sebelum berkahwin. Nabi telah menguruskan perniagaan Siti Khadijah dengan sifat terpujinya dan ketinggian akhkak serta adil dan kejujurannya dalam berniaga. Bagaimana tidaknya Siti Khadijah tidak jatuh cinta kepada Nabi. Bayangkanlah jika kita ada kawan yang berlainan jantina dan kawan kita ini amat baik sifatnya dan si dia banyak membuat kebaikan kepada kita dan banyak menolong kita. Sudah tentu kita akan berputik sesuatu perasaan kepada si dia. Oleh itu kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW seharusnya mempraktikkan segala sifat terpujinya dalam kehidupan sekarang.
Kalu kita lihat remaja zaman sekarang di malaysia banyak terikut-ikut dengan cara bercinta orang barat. Orang barat mengamalkan pergaulan bebas dalam kehidupan seharian mereka. Jika itu yang kita ikuti nescaya hidup kita tidak akan tenteram dan kita tidak mempunyai satu pendirian rohani iaitu "iman". Islam itu indah dimana setiap umat islam dianugerahkan iman yang suci dari segi lahiriah dan iman adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk kita pelihara sebagai pendinding untuk masa-masa genting.
No comments:
Post a Comment