Salam kejayaanku buatkan untuk semua saudara-saudaraku, kawan-kawanku dan orang yang ada dimuka bumi ini. Tidak kira tua muda ataupun tua semuanya sama sahaja disini Allah swt dimana Allah hanya memandang berat terhadap amalan seseorang. Apa yang penting dalam dunia dan akhirat ialah hubungan kita. Apa yang aku maksudkan ialah hubungan kepada manusia dan Allah yang Maha Esa. Kedua-dua hubungan ini hendaklah selari dijalankan dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu menjaga perasaan sesama manusia dan menjaga amalan dan tingkah laku kita supaya selari dengan apa yang ada dalam syariah Islam. Itu adalah penting dalam mencapai kejayaan di dunia dan diakhirat.
Kita sebenarnya hidup didunia bukan untuk beribadat solat lima waktu semata-mata tapi lebih dari itu. Jika kita beribadah solat lima waktu semata-mata tetapi tidak mengerjakan atau mengusahakan dunia ini apa gunanya Allah mengurniakan kudrat tenaga dan pancaaindera kepada kita. Bukan aku nak kata kita tak patut jadi ustaz kah jadi imam kah, bukan itu maksud aku. Apa yang aku maksudkan ialah kita seharusnya mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam segala apa yang kita lakukan untuk dunia. Iaitu kita perlu menjadikan Islam is the way of life not islam as the place for you to mengharap dan mengadu domba. Apa yang penting ialah kita mendahulukan islam and then you can go through on your dunia by islamic way. It is the easy and secured way at which kita akan merasa lebih selamat dan lebih teratur. Islam ini amat mudah dan amat mementing management of life. Islam ini indah dan jika kita tidak mengikut aturan islam secara keseluruhan nescaya kita akan terumbang-ambing dalam kehidupan dan akan mudah terpesong kesana-kemari bagai lalang tumbuh merata entah kemana arah tujunya. Oleh itu kita sepatutnyalah sedar bahawa kita ini merupakan orang islam yang telah diiktiraf tempatnya disyurga tetapi memerlukan pengorbanan dalam menuju alam akhirat dengan mempersiapkan diri kita didunia.
Sehingga kini aku belum menjumpai tujuan hidupku yang sebenar di dunia ini tetapi aku dapat rasakan aku ini hanyalah insan yang ditugaskan di muka bumi ini untuk memajukannya dan mensejahterakannya dengan nilai-nilai keislaman. Semua yang ada di muka bumi ini mempunyai peranan masing-masing tidak kira manusia, haiwan mahupun tumbuhan, semuanya akan ada tugasnya dimana kita hidup dimuka bumi ini adalah saling melengkapi. Jika kita hidup semuanya sama tidak bermaknalah namanya kita didunia ini.
No comments:
Post a Comment