Search This Blog

Friday, November 18, 2011

AMANAH SATU ANUGERAH.....

Pada hari ini, aku menempuh hari keduaku di pasum dengan buku baru iaitu dengan keadaanku yang ALHAMDULILLAH kian baik daripada biasa yang pernah aku alami selama ini. Bukan mudah aku ingin menjadi seperti ini. Mungkin aku pernah merasa perubahan seperti ini pada dulu kala. Namun bagiku semua yang telah berlaku dalam hidupku hanya menjadi sejarah tetapi aku perlu menjadikannya satu ikhtibar yang amat bermakna dalam hidupku. Bak kata seorang pengarah KPT sewaktu memberi ceramah, dia kata " hidup ini tak semestinya kita tidak boleh gagal tapi kita kena gagal kerana melalui kegagalan itulah kita akan menjadi lebih produktif dan hidup kita akan menjadi lebih bermakna". Pada hari aku lihat banyak yang perlu aku pelajari dan sebgai khalifah Allah SWT aku perlu banyak belajar dan beramal didunia ini untuk menyimpan atau mengumpul pahala demi mencari keredhaan-Nya. Memang secara fakta duniawi, hidup di dunia susah jika kita nak seiringkan dengan agama, namun saya sangkal penyataan itu sekeras-kerasnya. Kerana apa? Kerana jika kita ada keyakinan pada hari pembalasan sudah pasti kita akan maju dan cemerlang dunia dan akhirat, INSYAALLAH....Diriku sedih meliahatkan diriku ini yang miskin. Aku miskin segalanya. Duit ntah kemana. Yg ada hanyalah kasih sayang-Nya. Tetapi aku pun bukan miskin dunia saja. Aku papa segalanya. Dunia akhirat ku ntah kemana. Yang ada hanya kasih-Nya. Tanpa redha-Nya dan berkat-Nya aku akan terpelanting kesana kemari meniti hari mencapai mati. Tapi bagiku, yang penting hanya usaha yang x pnah luntur dlm diri ini menjadi pedomanku. Namun, itu hanya sangkaanku, yang sebenarnya itu tipu daya rancangan setan yang licik tapi dilaknat oleh yang maha Esa.


Dulu, penyesalanku hanyalah satu angan-angan belaka. Aku fikir aku pencari pedoman yang setia. Tapi aku salah kerna itu semua dongengan semata-mata. Aku sebenarnya berpura-pura supaya tidak "kantoi" didunia. Tapi hakiki nya, aku tahu disebalik hatiku yang tahu ilmu didada namun ego tembok besar cina menjadi benteng pengahalang kepada segala askar-askar pejuang dan pemusnah nafsuku. Aku tahu ada lagi yang jahil dari diriku. Didalam kotak fikiranku sering menang dengan sebatang iman yang terbiar terkulai layu. Aku masih mencari...............

Aku masih mencari sesuatu yang dapat menyatukan aku dengan kesedapan ibadatku. Aku mempunyai semangat juang yang tinggi. Yang menjadi masalahnya ialah aku sering menginginkan balasan yang cepat dan lebih kepada duniawi. Aku sering berlagak sabar tetapi itu semua sebenarnya hanyalah lakonan egoku semata-mata. Semua itu karut belaka. Tiada arah tuju kemana, yang ada hanyalah angan-angan kosong disalut dengan nafsu bergelora. Pada satu detik aku terfikir apa betulkah "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian"??? Aku sering membangkang pepatah tersebut. Katanya bersusah dahulu tetapi fikiran kotorku dicampur dengan ukiran nafsu syahwatku sering mengatakan "ber relax-relax dahulu and then confirm Allah tolong. Tak yah nak susah-susah, kalau Allah tak kasi x jdi gak nanti." Begitulah fikiranku, aku terpesong habis dari segala apa yang telah aku amalkan sewaktu aku belajar di sekolah sains kuala selangor dahulu. Aku sering tertipu dengan diriku sendiri.

Memang benar kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau aku belajar duniawi malas, sudah tentu ibadah fardhu tidak akan tenteram. Sebab apa? Kerna kita hidup didunia ini sebagai khalifah iaitu sebagai pentadbir dunia yang fana ini. Allah swt menyuruh kita membangunkan agama, bangsa, negara dan dunia ini dengan sebaiknya. Kadang-kadang aku juga keliru memikirkan "gilakah nak membangunkan negara. Aku bukan perdana menteri, bukan juga professor yang power-power. Aku hanya pelajar yang sedikit sangat kepandaiannya." Aku masih mencari...............

Ku masih mencari apa kewajipanku sebagai khalifah. Mungkin aku tak mengerti apakah erti khalifah itu sebenarnya. Apa yang penting bagiku hanyalah aku terus berusaha mencari keredhaan-Nya. Aku wajib yakin terhadap kekuasaan-Nya, Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Aku teringat dengan kata-kata kawan-kawanku yang mengatakan tantang kalimah LAILAHAILLAH. Aku baru sedar keyakinanku masih kurang. Oleh itu aku kena memantapkan imanku untuk mengukuhkan keyakinanku terhadap Allah SWT. Bukan senang untuk mencapai tahap iman yang tinggi tetapi sesungguhnya Allah akan datang kepada hamba-Nya selangkah jika hamba-Nya datang dengan sejengkal. Aku wajib yakin dengan kekuasaan-Nya. Walaupun kita tidak dapat melihat-Nya dengan mata kasar kita tetapi sebenarnya apa-apa yang kita lihat dalam hidup ini sepatutnya dilihat dengan mata hati. Untuk melihat dengan mata hati, sewajipnya kita membersihkan iman dihati kita ini dengan sesucinya. Dengan itu, apa yang hati kita cakap kepada otak kita tidak bersandar kepada nafsu semata-mata.Secara ringasnya, kita hidup di dunia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan apa? Pengorbanan jiwauntuk yang pertama. Jiwa adalah pengorbanan yang pertama dalam hidup kita. Jiwa amat berkait rapat dengan hati hitam putih kita. Sebagai contoh, jika kita ingin mengubah sikap dari malas melakukan solat secara jemaah kepada solat secara jemaah. Kita perlu mengorbankan hati hitam kita. Untuk mengorbankan hati hitam kita, kita perlu berazam dengan berlandaskan jalan yang benar dan menepati syariah islam. Memang benar bukan mudah untuk mengubah sesuatu sikap tetapi dengan usaha yang gigih dan tidak mengenal erti putus asa semua usaha yang kita lakukan InsyAllah apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan.


Pada hari ini, aku menempuh hari keduaku di pasum dengan buku baru iaitu dengan keadaanku yang ALHAMDULILLAH kian baik daripada biasa yang pernah aku alami selama ini. Bukan mudah aku ingin menjadi seperti ini. Mungkin aku pernah merasa perubahan seperti ini pada dulu kala. Namun bagiku semua yang telah berlaku dalam hidupku hanya menjadi sejarah tetapi aku perlu menjadikannya satu ikhtibar yang amat bermakna dalam hidupku. Bak kata seorang pengarah KPT sewaktu memberi ceramah, dia kata " hidup ini tak semestinya kita tidak boleh gagal tapi kita kena gagal kerana melalui kegagalan itulah kita akan menjadi lebih produktif dan hidup kita akan menjadi lebih bermakna". Pada hari aku lihat banyak yang perlu aku pelajari dan sebgai khalifah Allah SWT aku perlu banyak belajar dan beramal didunia ini untuk menyimpan atau mengumpul pahala demi mencari keredhaan-Nya. Memang secara fakta duniawi, hidup di dunia susah jika kita nak seiringkan dengan agama, namun saya sangkal penyataan itu sekeras-kerasnya. Kerana apa? Kerana jika kita ada keyakinan pada hari pembalasan sudah pasti kita akan maju dan cemerlang dunia dan akhirat, INSYAALLAH....



Pada hari ini aku banyak nak disesalkan tetapi aku berpegang pada yang satu. Masa sekarang itu lebih penting dari masa yang lalu walaupun kita tahu masa yang lalu itu memberi kesan walaupun sedikit terhadap diri kita. Apa yang penting adalah pemikiran kita atau mind set kita yang sedia berubah dari satu situasi ke satu situasi yang lain. Itu semua memerlukan banyak pengorbanan. Semalam pengurusan masaku terganggu sedikit disebabkan pendirianku dikacau oleh hiburan yang di ajak oleh kawan-kawanku iaitu seperti menonton movie, taqraw secara berlebih-lebihan dan main permainan video komputer. Hal ini dapat memberi kesan kepada diriku ini kerana setiap langkah atau setiap gerak-geri kita Allah akan nilai sejauh mana kita menjalani hidup kita di muka bumi ini dengan cara islam yang sebenarnya. Kita tidak boleh mengambil sedikit perkara dari islam sahaja walaupun memang benar islam itu banyak memberi kemudahan dan islam itu adalah agama mudah. Walau bagaimanapun untuk kita mencapai keredhaan Allah, kita perlu melakukan banyak perkara kerana islam ini meliputi semua perkara dalam hidup kita. Walau kita di dunia menjadi seorang yang kaya atau miskin, kita semua setaraf di akhirat kelak. Apa yang mustahak adalah bagaimana cara kita menggunakan segala kekayaan kita atau menghadapi kemiskinan kita. Sama ada kita menggunakan kekayaan kita untuk duniawi semata-mata atau demi ukhrawi yang kekal abadi. Manakala bagi yang miskin pula, sama ada kita berputus asa dengan ujian itu atau kita akan menjadi lebih bermotivasi dan menjadi lebih beriman. Justeru sebenarnya menjadi kaya itu tidak berdosa dan menjadi miskin itu tidak hina. Apa yang penting adalah bagaimana cara kita untuk menghadapinya.
 
Aku juga merasa menyesal tiap kali aku mengenangkan dosa-dosaku yang lepas. Dengan keberkatannya InsyaAllah aku akan berusaha dengan lebih mantap demi membina keyakinan yang kukuh terhadapnya. Memang benar bukan mudah untuk berubah, tapi setiap perubahan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu merupakan satu yang amat pahit di awalnya tapi madu di akhirnya. "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Pepatah ini memang benar, tiada kemewahan yang bermula dengan kesukaan. Semuanya melalui titik keperitan dan semua itu adalah seperti modal yang kita keluarkan demi mendapat satu keuntungan yang lebih besar dan bermakna iaitu keredhaan Allah swt. Semua umat terdahulu juga tidak pernah senang dalam hidup mereka, mereka melalui banyak onak duri yang lebih getir dari yang kita lalui pada masa sekarang. Sebagai contoh kita lihat Nabi kita Muhammad SAW, dari kecil telah kehilangan bapa kandungnya. Setelah berkahwin, baginda mempunyai banyak tanggungjawab. Baginda perlu menjaga isterinya, menjaga negaranya, dan menjalankan organisasi dakwahnya. Semua itu bukan mudah untuk diuruskan kerana pada masa itu agama islam itu adalah satu yang asing lagi. Hendak mengembangkan islam itu adalah suatu yang amat perit dan pelbagai dugaan telah nabi lalui. Apa yang kita nak lihat disini ialah bagaimana nabi menguruskan sepanjang kehidupannya dan berapa banyak pergorbanan yang telah nabi buat sepanjang kehidupannya.
 
Namun sering kita dengan orang berkata-kata "memanglah baginda itu nabi kita ini hanya manusia biasa yang tiada mukjizat dan tiada keistimewaaan yang menakjubkan". Pada pendapat saya pernyataan ini hanyalah bagi orang yang putus asa dalam mencari keredhaan Allah. Kerana apa? Kerana kita hidup di dunia ini hanya mempunyai satu tujuaan sahaja iaitu mencari keredhaan Allah supaya hidup kita ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Untuk mencapai dan menggapai keredhaan Allah ini kita perlu yakin 100% iaitu iman kita ini 100% percara kepada Allah. Bukan mudah untuk mencapi tahap itu tetapi ingat pepatah ini "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Apabila kita membuat satu usaha kita memerlukan titik permulaan dan titik pengakhiran. Apabila kita jatuh atau gagal mulakan dengan buku baru. Untuk memanfaatkan satu permulaan itu, kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani. Dengan itu, kita akan lebih bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.


Syahdu membelah pantai yang derunya mematahkan kesunyiaanku yang telah lama kebosanan dan kepenatan di pagi hari tidur lena tak kenal pada yang Kuasa. Aku mungkin kepenatan tapi aku lupa pada nasihatku sendiri yang mana aku katakan pada orang lain tapi aku tidak mengamalkannya. Sering kali aku berduka pada kealpaanku namun aku perlu mengubahnya pada hari yang lain kerana aku yakin bahawa Allah adalah segala-galanya. Tiada yang dapat memberi peluang kepadaku untuk hariku yang esok jika bukan kekuasaan-Nya. Dia adalah segalanya. Kita sering kali terlupa kepada-Nya tapi Dia tidak pernah kepada hamba-Nya. Kita perlu sedar, Allah Maha Penyayang. Sifat-Nya yang amat agung itu adalah satu perkara yang wajib untuk kita yakin dan percaya dengan cara apa? Dengan cara beramal kerana apa Islam itu bukan sekadar pada ibadah solatnya tapi bersifat menyeluruh dan global bahkan islam ini adalah berkaitan semua yang ada di alam yang fanah ini. Apa yang saya nak perkatakan disini adalah kita dalam melakukan ibadah solat, kita juga perlulah melakukan amal jariah kepada umat yang lain dan kita juga perlu mengamalkan sifat toleransi terhadap orang islam dan juga orang bukan islam. Dalam kita melakukan aktiviti seharian, kita juga wajib untuk sentiasa ingat kepada Allah Yang Maha Esa. Sebagai contoh, jika kita nak main bola sepak, kita perlu kaitkan dengan Allah diman ita perlu bermain dengan cara islamic iaitu dengan menutup aurat. Pada masa kini, jarang sekali kita lihat orang yang bermain bola sepak dengan menutup aurat. Mungkin diambil remeh pada segelintir orang tapi bagi Allah perhitungan-Nya adalah amat tepat dan tiada sebarang kesilapan mahupun kecil. Oleh itu kita sebagai umat yang bertanggunjawab dalam menyemarakkan semangat Islam perlulah sentiasa ingat kepada Allah iaitu dengan melakukan aktiviti seharian kita dengan mengaitkannya dengan Islam. "Islam is the way of life


Okay today, aku amat bahagia dari semalam walaupun semalam juga bahagia bagiku. Bukan mudah bagiku unutk menghadapi hakikat bahawa aku telah mendapat kedudukan yang terendah dalam tahap akademik namun dengan aku sandarkan harapan dan redhaku terhadap Allah swt, Alhamdulillah aku dapat temuhinya pada peringkat awal dan pada hari ini tibanya aku mulakan hidup baru dengan penuh syariah dan perkaitan tentang islam. Aku tahu bukan mudah untuk mempraktikkan 100% islamic in our life but we must be aware for every second, we must remember or zikir to Allah swt. No matter why or where you are??. Even though, you are in the bad place, you must be "aware". Sebab apa aku menekankan "aware" or sedar?? kerana kita hidup ini sering melalui saat kealpaan mahupun kelalaian tapi pada satu detik setiap dalam diri kita ini akan melalui dimana "the road not taken". Ini tajuk poem yang aku ingat time form 5. Poem ini berkenaan tentang our many choice in life. In every situation, we must choose the best choice to our life. Even when you want to awake from your bed, that is also the time to make a big choice or make the change in your daily life. Apa yang saya nak perkatakan disini adalah kita hidup ini adalah sentiasa ada pilihan. Sering kali kita menyalahkan takdir tapi kita tak ingat dimana kitalah yang membuat sesuatu keburukan atau satu kebaikan itu. "Allah tidak pernah menganiaya hamba melainkan hamba-Nya lah yang menganiaya diri mereka sendiri". Hal ini amat jelas diterangkan dalam al-Quran dimana ia menunjukkan bahawa Allah amat kasih dan sayang terhadap hamba-Nya dan sesungguhnya kita perlu yakin dan beriman kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita boleh sayang kepada orang lain tetapi sayang manusia amat jauh berbeda daripada kasih dan sayang Allah swt. Oleh itu janganlah kita menyalahi takdir semata-mata. Jika kita melalui saat kegagalan, kita perlu bersikap positif dimana kita perlu refleksi diri kita kembali sebelum dan selepas kegagalan itu berlaku. Anda perlu mengambil langkah yang bijak dalam menangani stress dan mengambil langkah untuk mengatasi kegagalan itu. Dalam hidup ini kita bukan nak mengejar kekayaan tapi kita perlu mengejar keredhaan Allah. Jika kita seorang pelajar sains tidak semestinya kita tidak boleh belajar agama tapi sebenarnya kita mempunyai tiket extra dimana didalam kita mengkaji tantang alam ini dengan serta merta juga kita dapat belajar luasnya dan uniknya alam ini dicipta. Dengan itu juga kita akan dapat lebih semangat untuk beribadah dengan Allah dan semangat kita ini dapat disandarkan pada misi kita unutk berjaya didunia dan di akhirat. Maksud berjaya di dunia ini ialah kita dapat beramal jariah kepada umat yang lain yang ada di muka bumi ini. Bukan kita hanya beramal untuk diri kita sahaja, jika itu yang kita lakukan kita adalah orang-orang sombong. Janganlah kita bersikap sombong di atas muka bumi Allah ini.















Kehadiranku harini di pasum adalah satu detik yang amat aku nantikan dimana aku perlu mencorak permulaan hariku dengan sesuatu yang indah dan bahagi buat diriku dan istimewa buat orang di sekelilingku mahupun yang tidak akanku lupa ibu bapaku. Pertamanya wajib bagiku untuk memanjatkan kesyukuranku ke hadrat Ilahi tuhan semesta alam yang menaungi sekelian makhluk, tidak kira darjat ataupun pangkat dan juga latar belakang serta harta benda. Semua bawah jagaan-Nya. Tidak seorangpun yang dapat terlepas dari-Nya kerana apa yang aku faham dalam surah al-Fatihah, "Yang memiliki{menaungi} hari pembalasan {hari perhitungan}". Ini membuktikan bahawa kalau kita tahu, al-Fatihah merupakan satu surah yang berunsurkan akidah iaitu yang memberikan banyak pengajaran secara umum dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim atau muslimat. Saya berkata sebegitu kerana saya pernah mendengar seorang penceramah berkata begitu. "Main point nye" ialah kita sebagai umat islam yang berguna untuk agama seharusnya mengetahui maksud setiap ayat dalam surah al-Fatihah kerana surah ini mempunyai banyak hikmahnya kepada sekalian umat islam. Sebab itulah ia dikenali sebagai "ummul kitab" iaitu ibu kitab. Surah ini merupakan surah pembuka dan semestinya sesuatu yang didahulukan dalam sesuatu perkara semestinya memepunyai keistimewaannya yang tersendiri. Mungkin kita sudah mengetahui apa maksud surah ini tapi kita tidak mempraktikkan dalam hidup kita. Bagi saya adalah baik daripada kita tahu maksud surah tersebut kerana itu merupakan satu titik permulaan dimana kita sudah mempunyai ilmu dan langkah seterusnya ialah "amal". Secara rawaknya kita sering mendengar cogan kata sesuatu organisasi seperti "ilmu iman amal". Dengan yakinnya saya berkata bahawa ilmu dengan amal ini adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan bersyariah. Hal ini kerana jika kita lihat ilmuwan-ilmuwan islam yang dahulu kala, mereka mempunyai semangat belajar ilmu duniawi yang tinggi. Namun begitu, mereka sebenarnya memulakan semangat mencari ilmu dunia ini dengan sesuatu yang berbentuk "kerohanian". Mereka menghafaz al-Quran sebelum belajar tentang dunia. Hal ini demikian, mereka bijak didalam menguruskan kehidupan seharian mereka. Mereka membuat sesuatu "tiang" yang kukuh dahulu sebelum membuat rumah yang besar. Tiang yang saya sebutkan itu ialah dalaman kita atau kerohanian islamic kita. Jika kita kuat dalaman, saya yakin kita akan berjaya didunia dan di akhirat kelak.







Alhamdulillah, aku bersyukur kerana walaupun aku miskin harta tetapi makan harianku cukup dimana aku yakin bahawa kesihatan badanku bukan daripada makanan itu tetapi datang daripada Allah swt kerana Dialah segalanya. Bukan mudah untuk menerimanya tetapi aku perlu yakin dengan sebaik-baiknya dan dengan penuh rasa bersemangat dalam setiap pekerjaanku. Walaupun aku lapar pada sesuatu masa, aku perlu memperteguhkan keyakinan dan semangatku supaya aku selalu ingat kepada Allah swt. Aku juga pasti semua umat islam pasti semua tahu bahawa kekenyangan makanan bukanlah satu yang kita inginkan dalam pemakanan tetapi "keberkatan"lah yang kita inginkan iaitu datangnya daripada Allah swt. Kerana dalam hidup ini jika kita tiada semangat, apa-apa kerjapun kita tidak boleh lakukan. Bagi saya semangat perjuangan islamic dalam menuju akhirat adalah satu visi dan misiku. Namun aku perlu memperkuatkan keteguhan iman dan taqwaku dimana yang pertama sekali aku perlu menjaga solatku dan yang kedua adalah ibadahku. Solat ini bererti ialah solat fardhu dimana sebagai umat islam yang bertanggungjawab kita perlu menunaikan solat seawal yang mungkin. Semalam aku mendengar satu hadis di surau iaitu Allah akan menjanjikan syurga kepada hamba-Nya yang menjaga betul-betul waktu solatnya.





Hari keramat buatku untuk menulis cerita yang menyedihkan ini. Aku pada hari ini tegoda dengan syaitan yang selama ini aku benci dan Allah laknati. Seperti yang kita tahu syaitan adalah musuh utama kita di dunia dan di akhirat. Syaitan ini adalah memang tempatnya di neraka. Tiada tempat lain selayak untuknya dan tempat yang bersih adalah tempat yang dibenci syaitan. Syaitan ini suka sesuatu yang kotor dan keji dan segala yang kotor yang ada didunia ini amat disukai syaitan seperti tandas, najis, dan asap. Analoginya, jika kita berkawan dengan seorang pelacur, hari demi hari jiwa dan diri kita ini akan menjadi lebur juga dan akan lama kelamaan akan mengikut jejak langkah pelacur jika kita tidak kuat iman dalam dada. Bukan mudah untuk mengharungi sesuatu godaan jika tiada "shield" atau tembok yang mentop sebagai penahan dan pengawal nafsu syahawat. Apa yang aku nak perkatakan disini ialah bukan mudah untuk berhadapan dengan sesuatu perubahan daripada senang tergoda kepada susah tergoda dengan unsur-unsur negatif di internet dimana kita memerlukan "pendinding awal" or "1st great wall". 1st great wall ialah satu kekuatan dalaman yang kita bina dan kita pupuk dalam masa yang panjang dan boleh mengambil jangka masa kira-kira lebih 1tahun untuk kita "pas" atau siap tembok yang pertama. Ini ialah soal kekuatan hati kita, jika kita tidak kuat melawan hati hitam kita nescaya kita akan tumbang diakhirnya. Tenbok yang pertama ini bukanlah susah sebenarnya jika dilakukan secara istiqamah dan sistematik. Pada langkah awalnya kita perlulah merancang strategi sebagai pemberi motivasi kepada diri kita sendiri. Merancang strategi bukanlah mengubah kehidupan seharian kita kepada yang lebih "obvious" atau secara drastik. Asalkan sesuatu yang kita lakukan itu tidak haram, itu sudah cukup. Sebagai contoh untuk kita menghindari gejala onani, kita perlu mengawal masa lapang kita dan waktu stres kita. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: perkara yang paling bahaya untuk manusia ialah ketika waktu lapang dan ketika sihat. Hal ini menunjukkan waktu lapang adalah memberi kesan buruk terhadap fikiran kita dimana pada masa itu minda kita akan dilayan dengan lamunan-lamunan syaitan dan pada masa yang sama nafsu dalam diri melayan lembut keasyikan angan-angan kita. Secara tidak langsung hati dan minda kotor kita akan bersatu dan diri kita juga akan tunduk kepada syaitan. Akhirnya, penyesalan yang tidak terhingga dan jika tidak bertaubat nasuhah, hidup kita akan terumbang ambing tanpa hidayah dan keampunan dari Allah swt...

No comments:

Post a Comment